Wednesday, May 26, 2010

Jawapan kepada tag cik suhaida

Salam

Jawapan kepada entry yg telah ditag oleh Cik Suhaida ..Wat susah2 je tag..

10 Fakta mengenai aku:
  1. Nama penuh Nor Aina binti Yusof@Mohd Yusof, nama yg aku plg xsuka masa kecik. Aku siap suruh ayah tukar nama jadi Haslinda sbb time tu aku minat sgt dgn pembaca berita TV1. Suka hati aku je.
  2. Nama panggilan kat umah Na, kawan2 pggl Mek Na@Aina, staf ofis yg lebih muda pggl aku Kak Aina [which is aku xsuka sbb rasa tua.huhu] students pggl Cik Aina. Ada gak students yg pggl aku Cik Aina chubby, Cik Aina ganas, Cik Aina comel, Cik Aina debe..dan mcm2 lagi gelaran yg sewaktu dengannya.
  3. Gile keje...aku mmg gile keje sampai xingat mkn minum.
  4. Otak aku akan mudah jam klau aku xbuat apa2..mesti nk kena buat apa2 keje xleh melahu. aku hanya akan berhenti bekerja bila aku tdo.
  5. aku susah nk tdo klau tukar tmpt tdo. lebih2 lg tanpa bantal busuk ku yg sudah berumur 7 tahun..
  6. ada sepasang adik. tp org selalu ingat aku anak bongsu.
  7. xsuka mekap kecuali pegi keje atau function...tp suka try2 mekap org.
  8. pandai masak tp mls nk masak.huhu.
  9. fail bab mengemas..aku kemas xsampai 10minit mesti dah bersepah blk.aku mmg suka sepah2 barang..barulah nmpk sibuk.walla!
  10. sgt syg pd binatang dan suka berckp dgn binatang. klau nmpk siput babi kat tgh jln pun mesti aku kutip letak kat tepi jalan takut kena langgar kete..kesian...kat umah pun aku layan animal planet je..blk keje mesti aku akan bersembang dgn kucing aku si Debok.mcm2 aku tanya, dah mkn? hr ni wat apa kat umah? nakal x xumah hr ni? mak aku pun geleng kepala tgk anak dia yg pelik ni. yg penting si Debok akan jawab semua soalan aku dgn satu jawapan "Meowwww"
10 perkara menakutkan aku:
  1. Mati
  2. Cacing dan segala binatang lembik2
  3. org jahat dtg nk bunuh aku..huhu [byk tgk CSI ni..]
  4. takut aku mati dulu sblm parents aku..sbb diorg perlukan aku
  5. takut xsempat jadi ibu atau xberpeluang jd ibu.
  6. terpesong jalan hidup sehingga aku jadi org yg xberguna
  7. mayat...eeeeuuuuu.....
  8. takut kehilangan org2 yg plg aku syg..
  9. takut hilang keje..nk mkn apa wooo...
  10. takut naik moto..bila si penunggang motor tu pecut, aku yg kecut perut.

10 perkara yang selalu aku sebut:
  1. Ada aku kisah?
  2. Ko pun xpernah kisah apa yg aku kisah atau xkisah!
  3. So wat pe ko nak kisah benda yg aku kisah ke xkisah sbb aku pun xkisah ko kisah ke xkisah? [ee...brp byk kisah daa...]
  4. ok!
  5. gapo??
  6. pahtu gano nih?
  7. hok aloh..
  8. taik kuda..
  9. bereh boh
  10. eh bengong la... [this 1 not good..pls dont follow]
10 perkara yg amat bernilai bg aku:
  1. Family
  2. Kucing2 aku [jgn la mati lg...xleh terima hakikat kucing kesygan byk dah mati.huhu]
  3. barang2 aku...dilarang sentuh..aku kedekut tau!
  4. bilik aku.jgn masuk sesuka hati.private!!
  5. bf...kawan2...students...kawan chatting,sapa2 la yg kenal aku dan juga org yg aku syagi.
  6. pengalaman
  7. bakat.. [bajet poyo ni...] aku rasa mcm aku ni byk bakat.serba boleh..masak boleh, menjahit boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, komputer2 punya matters pun boleh, jadi pengacara boleh, penceramah pun boleh..berdebat, bahas, pidato, semua pernah buat.. menari je fail.
  8. tangan yg kreatif..aku ni jiwa seni. suka menghasilkan karya-karya seni contohnye sulam, manik, design poster, buat kad, kraftangan, gubahan bunga, mekap, dan lain-lain lg...[ masuk bakul angkat sndr.hikhik!]
  9. otak yg gile2...kepala hotak aku sungguh aktif berfikir.ada je idea gile dlm kepala aku.
  10. tubuh badan yang sihat yg membolehkan aku terus bekerja dgn cergas dan bertenaga.walla!
10 perkara pertama dalam hidup aku??? [mcm susah je nk jwb..]
  1. pertama kali tgk dunia pada 18 Jun 1984 pd pukul 1.37 tghari
  2. pertama kali masuk sekolah terus periksa dpt no 1..sekali je dpt no 2 masa darjah 6. bila naik sekolah menengah form 4-5 terus xdpt no 1 dah.sbb tukar sekolah kena bersaing dgn bdk2 pandai.huhu.
  3. pertama kali jauh dari family bila masuk form 2.gedik nk sekolah jauh dr family n duduk asrama konon...tp bagus gak aku jadi berdikari.sampai la aku hbs degree baru blk kmpung dan menetap di sini dan keje di sini..malas nk jauh2 dah.
  4. pertama kali makan cencalok masa tahun 2 kat utm..oleh kerana xpernah makan jd cirit birit 2 hari.roomate yg bwk.
  5. pertama kali pakai baju dan sandal cam ladies2 masa form 5. sbb masa tu aku suka kat sorg budak laki.dia suka perempuan lembut, so aku pun kononnya nk berubah la xnak jd mafia dah..huhu...klau x mmg tshirt dgn jeans jelah.
  6. pertama kali kena semput masa tahun 2 kat utm..time tu demam tp mcm ssh nk bernafas.doktor kat utm kata maybe sbb aku gemuk..kurang ajar betul..member2 aku saad dgn pjus rekomen suruh gi klinik kat taman u.berdesup teksi bawak aku gi klinik.sampai sana doktor xckp byk terus tolak aku masuk bilik rawatan kena sedut oksigen..huhu...pastu baru lega.
  7. pertama kali beli henfon masa hbs matriks.keje partime kat farmasi sementara tuggu panggilan universiti.masa tu beli nokia 3315 je..mahal u, 400++..simcard maxis je dah RM60. tp time tu mcm famous gile la henfon tu...smpai skrg henfon tu ok lg.
  8. pertama kali dpt duit PTPTN aku beli jam polo harga RM90 kat Jusco Taman U.sampai skrg jam tu masih sihat walafiat.dah 7 tahun umur jam tu.aku mmg cermat dgn barang2 aku.
  9. pertama kali masuk paper masa form 5. masa tu aku dipilih sebagai pelajar tajaan Petronas tgk F1 free dkt sepang.muka depan nst dgn berita harian 20 mac 2001.sampai skrg aku masih cari paper tu. setakat ni dah 3 kali masuk paper.
  10. pertama kali couple secara rasmi pada 16 september 2003. dan masih kekal hingga sekarang walau ada on off. dah 7 tahun pun..

1 comments:

~sue~ said...

wey..lamanya xdatang sini...

Post a Comment