Thursday, April 28, 2011

Review Filem: Hikayat Merong Mahawangsa

Perghh..blog ku sudah berhabuk lagi.

aku memang suka tengok wayang. Tapi kat Kelantan ni tak de panggung wayang. Oleh itu, setiap kali aku berpergian ke luar negeri (luar kelantan maksudnya) aku tak akan lepaskan peluang untuk tengok wayang. Yang paling latest yang aku tengok ialah Hikayat Merong Mahawangsa. Aku tengok kat Pahlawan Mall masa gi Melaka bulan 3 hari tu. Tengok bersama student-student aku.



Apa yang menariknya pasal filem tu:

1. Grafik dan prop yang best. Satu usaha yang sangat bagus sebab bukan mudah yang sediakan prop dan grafik yang sebegitu hebat. aku suka waktu kapal banyak di lautan waktu armada rom dan china sampai untuk berperang dengan Geruda. Boleh masuk market internasional.

2. Pelakon yang pandai berlakon. Contonhya Stephen Rahman yang nmpk tough dan lasak, Umi Nazeera yang pandai bermain dengan perasaan dan memek muka, Kemawas yang memang nmpk jahat, Panglima China yang handsome dan berwibawa. Cuma putera Marcus tu nampak jambu la..

3. Suara dan cara penyampaian narrator yang bagi aku sgt klasik.

4. Iringan muzik orkestra sangat best dan sesuai sebab rasa sungguh epik dan klasik.

Apa kelemahan filem tu:

1. aku tengok 3 kali filem ni kat laptop sebab nak cari mana Maya Karin? Aku tau Maya Karin ada sebab bila tengok senarai pelakon ada Maya Karin. Lepas berkali-kali aku cari akhirnya aku jumpa. Perempuan yang Merong terlanggar masa nak pegi ke kapal lepas berlawan di Goa tu ialah Maya Karin. Serius memang tak jelas sangat pun. Babak tu pun cuma sekitar 2 saat. Aku tak pasti kenapa Maya Karin perlu ada untuk watak tu sedangkan dia pelakon hebat. Macam bakat dia disia-siakan pulak.

2. Aku boleh terima klau orang cina ckp dengan orang rom guna english, atau orang rom dengan rom, atau orang melayu dengn rom, tapi aku tak faham kenapa puteri china perlu cakap english dengan mak inang dan panglima tentera dia. Klau cakap china kan lebih real.

3. Di mana fungsi lagu Sedetik Lebih yang dijadikan soundtrack untuk filem ni? Tak ada pun! Pendapat aku babak Merong kena tikam tu perlu lagu sedetik Lebih ni dimainkan sambil dipaparkan wajah Embok secara slow motion waktu Merong hendak berangkat untuk pergi berperang. Paparkan wajah Embok yang mengharap kepulangan Merong dan paparkan juga wajah Merong sewaktu menahan sakit waktu kena tikam tu dan dia bayangkan wajah Embok dan penduduk-penduduk kampung yang mengharapkan kebebasan memberi dia semangat untuk menikam Taji.

4. Babak pertarungan dan kapal2 tu aku terbayang cerita Pirates of Caribbean, Troy dan Gladiator.

Kesimpulan, cerita yang best dan syabas KRU sebab hasilkan filem yang lain dari yang lain dan ada international value. Sape yang belum tengok silalah tengok ye.

p/s: aku jarang tengok cite melayu kat panggung sebab aku rasa buang duit. lepas tengok mesti aku xpuas hati. tapi cite melayu yang aku rasa berbaloi bayar harga tiket ialah Hantu Kak Limah dan Merong Mahawangsa.

0 comments:

Post a Comment