Sunday, August 14, 2011

Gathering Kawan-Kawan Sengal

Salam,

Cerita lama yang dah basi pun.. Mesti Cik Sue Sephia bebel sbb aku baru nk taruk dalam blog ni.. ampun kan saya penunggu gua..

Ni gathering makan2 dgn geng2 ex-staff.. Kami semua adalah ahli persatuan bekas pekerja bagi syarikat ABC (bukan nama sebenar). Dah lama xjumpa jadi kitorg pun pakat makan KFC di KB Mall. Cik Sue Sephia dtg ambik sy lps office hour dan beliau bwk cupcakes chumelll utk kitorg adik2 dia ni.. Sambil2 makan kitorg sembang kenangan dulu2 dan cerita semasa. Best2!! Penuh dengan ketawa.

kenapakah saya xde dalam gmbr ini? sbb sy tukang ambik gmbr!

Skrg saya dah ada sbb mintak tolong budak KFC ambikkan gmbr.

Yum2!!

Comel dan nmpk sedapkan... sape nk berminat nk tempat cupcakes boleh singgah http://sufehomerecipe.blogspot.com/ . Aku tolong promote. Thank you kak sue atas cupcakes free.

Thursday, April 28, 2011

Review Filem: Hikayat Merong Mahawangsa

Perghh..blog ku sudah berhabuk lagi.

aku memang suka tengok wayang. Tapi kat Kelantan ni tak de panggung wayang. Oleh itu, setiap kali aku berpergian ke luar negeri (luar kelantan maksudnya) aku tak akan lepaskan peluang untuk tengok wayang. Yang paling latest yang aku tengok ialah Hikayat Merong Mahawangsa. Aku tengok kat Pahlawan Mall masa gi Melaka bulan 3 hari tu. Tengok bersama student-student aku.



Apa yang menariknya pasal filem tu:

1. Grafik dan prop yang best. Satu usaha yang sangat bagus sebab bukan mudah yang sediakan prop dan grafik yang sebegitu hebat. aku suka waktu kapal banyak di lautan waktu armada rom dan china sampai untuk berperang dengan Geruda. Boleh masuk market internasional.

2. Pelakon yang pandai berlakon. Contonhya Stephen Rahman yang nmpk tough dan lasak, Umi Nazeera yang pandai bermain dengan perasaan dan memek muka, Kemawas yang memang nmpk jahat, Panglima China yang handsome dan berwibawa. Cuma putera Marcus tu nampak jambu la..

3. Suara dan cara penyampaian narrator yang bagi aku sgt klasik.

4. Iringan muzik orkestra sangat best dan sesuai sebab rasa sungguh epik dan klasik.

Apa kelemahan filem tu:

1. aku tengok 3 kali filem ni kat laptop sebab nak cari mana Maya Karin? Aku tau Maya Karin ada sebab bila tengok senarai pelakon ada Maya Karin. Lepas berkali-kali aku cari akhirnya aku jumpa. Perempuan yang Merong terlanggar masa nak pegi ke kapal lepas berlawan di Goa tu ialah Maya Karin. Serius memang tak jelas sangat pun. Babak tu pun cuma sekitar 2 saat. Aku tak pasti kenapa Maya Karin perlu ada untuk watak tu sedangkan dia pelakon hebat. Macam bakat dia disia-siakan pulak.

2. Aku boleh terima klau orang cina ckp dengan orang rom guna english, atau orang rom dengan rom, atau orang melayu dengn rom, tapi aku tak faham kenapa puteri china perlu cakap english dengan mak inang dan panglima tentera dia. Klau cakap china kan lebih real.

3. Di mana fungsi lagu Sedetik Lebih yang dijadikan soundtrack untuk filem ni? Tak ada pun! Pendapat aku babak Merong kena tikam tu perlu lagu sedetik Lebih ni dimainkan sambil dipaparkan wajah Embok secara slow motion waktu Merong hendak berangkat untuk pergi berperang. Paparkan wajah Embok yang mengharap kepulangan Merong dan paparkan juga wajah Merong sewaktu menahan sakit waktu kena tikam tu dan dia bayangkan wajah Embok dan penduduk-penduduk kampung yang mengharapkan kebebasan memberi dia semangat untuk menikam Taji.

4. Babak pertarungan dan kapal2 tu aku terbayang cerita Pirates of Caribbean, Troy dan Gladiator.

Kesimpulan, cerita yang best dan syabas KRU sebab hasilkan filem yang lain dari yang lain dan ada international value. Sape yang belum tengok silalah tengok ye.

p/s: aku jarang tengok cite melayu kat panggung sebab aku rasa buang duit. lepas tengok mesti aku xpuas hati. tapi cite melayu yang aku rasa berbaloi bayar harga tiket ialah Hantu Kak Limah dan Merong Mahawangsa.

Monday, March 7, 2011

Tak payah kawin

Ada seorg hamba Allah, br pertama kali aku jumpa dia. Dia kata, tak payah fikir pasal kawin. Keje rajin-rajin bina kerjaya. Lelaki skrg ni pun bknnya baik sangat. Kalau kawin dia boleh faham ke keadaan keje kita ni? Aduhai, betul gak tapi umur aku dah 27 dah. Hm...

Monday, October 11, 2010

Cerita Bergambar; Minggu Orientasi Budak Baru





















Wednesday, May 26, 2010

Jawapan kepada tag cik suhaida

Salam

Jawapan kepada entry yg telah ditag oleh Cik Suhaida ..Wat susah2 je tag..

10 Fakta mengenai aku:
  1. Nama penuh Nor Aina binti Yusof@Mohd Yusof, nama yg aku plg xsuka masa kecik. Aku siap suruh ayah tukar nama jadi Haslinda sbb time tu aku minat sgt dgn pembaca berita TV1. Suka hati aku je.
  2. Nama panggilan kat umah Na, kawan2 pggl Mek Na@Aina, staf ofis yg lebih muda pggl aku Kak Aina [which is aku xsuka sbb rasa tua.huhu] students pggl Cik Aina. Ada gak students yg pggl aku Cik Aina chubby, Cik Aina ganas, Cik Aina comel, Cik Aina debe..dan mcm2 lagi gelaran yg sewaktu dengannya.
  3. Gile keje...aku mmg gile keje sampai xingat mkn minum.
  4. Otak aku akan mudah jam klau aku xbuat apa2..mesti nk kena buat apa2 keje xleh melahu. aku hanya akan berhenti bekerja bila aku tdo.
  5. aku susah nk tdo klau tukar tmpt tdo. lebih2 lg tanpa bantal busuk ku yg sudah berumur 7 tahun..
  6. ada sepasang adik. tp org selalu ingat aku anak bongsu.
  7. xsuka mekap kecuali pegi keje atau function...tp suka try2 mekap org.
  8. pandai masak tp mls nk masak.huhu.
  9. fail bab mengemas..aku kemas xsampai 10minit mesti dah bersepah blk.aku mmg suka sepah2 barang..barulah nmpk sibuk.walla!
  10. sgt syg pd binatang dan suka berckp dgn binatang. klau nmpk siput babi kat tgh jln pun mesti aku kutip letak kat tepi jalan takut kena langgar kete..kesian...kat umah pun aku layan animal planet je..blk keje mesti aku akan bersembang dgn kucing aku si Debok.mcm2 aku tanya, dah mkn? hr ni wat apa kat umah? nakal x xumah hr ni? mak aku pun geleng kepala tgk anak dia yg pelik ni. yg penting si Debok akan jawab semua soalan aku dgn satu jawapan "Meowwww"
10 perkara menakutkan aku:
  1. Mati
  2. Cacing dan segala binatang lembik2
  3. org jahat dtg nk bunuh aku..huhu [byk tgk CSI ni..]
  4. takut aku mati dulu sblm parents aku..sbb diorg perlukan aku
  5. takut xsempat jadi ibu atau xberpeluang jd ibu.
  6. terpesong jalan hidup sehingga aku jadi org yg xberguna
  7. mayat...eeeeuuuuu.....
  8. takut kehilangan org2 yg plg aku syg..
  9. takut hilang keje..nk mkn apa wooo...
  10. takut naik moto..bila si penunggang motor tu pecut, aku yg kecut perut.

10 perkara yang selalu aku sebut:
  1. Ada aku kisah?
  2. Ko pun xpernah kisah apa yg aku kisah atau xkisah!
  3. So wat pe ko nak kisah benda yg aku kisah ke xkisah sbb aku pun xkisah ko kisah ke xkisah? [ee...brp byk kisah daa...]
  4. ok!
  5. gapo??
  6. pahtu gano nih?
  7. hok aloh..
  8. taik kuda..
  9. bereh boh
  10. eh bengong la... [this 1 not good..pls dont follow]
10 perkara yg amat bernilai bg aku:
  1. Family
  2. Kucing2 aku [jgn la mati lg...xleh terima hakikat kucing kesygan byk dah mati.huhu]
  3. barang2 aku...dilarang sentuh..aku kedekut tau!
  4. bilik aku.jgn masuk sesuka hati.private!!
  5. bf...kawan2...students...kawan chatting,sapa2 la yg kenal aku dan juga org yg aku syagi.
  6. pengalaman
  7. bakat.. [bajet poyo ni...] aku rasa mcm aku ni byk bakat.serba boleh..masak boleh, menjahit boleh, nyanyi boleh, berlakon boleh, komputer2 punya matters pun boleh, jadi pengacara boleh, penceramah pun boleh..berdebat, bahas, pidato, semua pernah buat.. menari je fail.
  8. tangan yg kreatif..aku ni jiwa seni. suka menghasilkan karya-karya seni contohnye sulam, manik, design poster, buat kad, kraftangan, gubahan bunga, mekap, dan lain-lain lg...[ masuk bakul angkat sndr.hikhik!]
  9. otak yg gile2...kepala hotak aku sungguh aktif berfikir.ada je idea gile dlm kepala aku.
  10. tubuh badan yang sihat yg membolehkan aku terus bekerja dgn cergas dan bertenaga.walla!
10 perkara pertama dalam hidup aku??? [mcm susah je nk jwb..]
  1. pertama kali tgk dunia pada 18 Jun 1984 pd pukul 1.37 tghari
  2. pertama kali masuk sekolah terus periksa dpt no 1..sekali je dpt no 2 masa darjah 6. bila naik sekolah menengah form 4-5 terus xdpt no 1 dah.sbb tukar sekolah kena bersaing dgn bdk2 pandai.huhu.
  3. pertama kali jauh dari family bila masuk form 2.gedik nk sekolah jauh dr family n duduk asrama konon...tp bagus gak aku jadi berdikari.sampai la aku hbs degree baru blk kmpung dan menetap di sini dan keje di sini..malas nk jauh2 dah.
  4. pertama kali makan cencalok masa tahun 2 kat utm..oleh kerana xpernah makan jd cirit birit 2 hari.roomate yg bwk.
  5. pertama kali pakai baju dan sandal cam ladies2 masa form 5. sbb masa tu aku suka kat sorg budak laki.dia suka perempuan lembut, so aku pun kononnya nk berubah la xnak jd mafia dah..huhu...klau x mmg tshirt dgn jeans jelah.
  6. pertama kali kena semput masa tahun 2 kat utm..time tu demam tp mcm ssh nk bernafas.doktor kat utm kata maybe sbb aku gemuk..kurang ajar betul..member2 aku saad dgn pjus rekomen suruh gi klinik kat taman u.berdesup teksi bawak aku gi klinik.sampai sana doktor xckp byk terus tolak aku masuk bilik rawatan kena sedut oksigen..huhu...pastu baru lega.
  7. pertama kali beli henfon masa hbs matriks.keje partime kat farmasi sementara tuggu panggilan universiti.masa tu beli nokia 3315 je..mahal u, 400++..simcard maxis je dah RM60. tp time tu mcm famous gile la henfon tu...smpai skrg henfon tu ok lg.
  8. pertama kali dpt duit PTPTN aku beli jam polo harga RM90 kat Jusco Taman U.sampai skrg jam tu masih sihat walafiat.dah 7 tahun umur jam tu.aku mmg cermat dgn barang2 aku.
  9. pertama kali masuk paper masa form 5. masa tu aku dipilih sebagai pelajar tajaan Petronas tgk F1 free dkt sepang.muka depan nst dgn berita harian 20 mac 2001.sampai skrg aku masih cari paper tu. setakat ni dah 3 kali masuk paper.
  10. pertama kali couple secara rasmi pada 16 september 2003. dan masih kekal hingga sekarang walau ada on off. dah 7 tahun pun..

Friday, May 7, 2010

Surat ayang untuk abang..

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang

_________________________________________________________________
Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa... hahahhahahahahha

Saturday, April 17, 2010

The Best Movie I've Ever Watched..You Should Watch It!!

Salam,

Aku nak berkongsi sebuah filem omputih yang bertajuk

"My Sister's Keeper"


Walaupun dah 3 kali aku tgk cite ni tp 3 kali jgk la aku nangis [malu gile beb..otai tp nangis tgk movie..huk2] cite nk nak kata sedih xlah sedih...xde plak pelakon nangis2 beriya2 dlm cite ni..tp dr awal hingga akhir cite air mata aku leh meleleh2..knp???mgkn sbb aku menonton sambil menghayati dengan sepenuh hati. Walaupun ceritanya simple, jln cerita yg ringan tp setiap babak dan body language setiap watak sungguh memberi kesan ke dlm sanubari.

Citenye mengenai seorang ibu yang menjaga seorang anak yg sakit leukimia. anak dia tu xde la nazak sgt pun, masih kuat utk berjalan2 dan bergembira. tp yg plg aku xleh blah bila tgk kesungguhan ibu lakonan Cameron Diaz utk membahagiakan anaknya sebelum mati. usaha seorang ibu utk menjadikan hati2 terakhir anaknya penuh dengan keseronokan dan kegembiraan. aku nk cerita pun xguna..apa kata cari cite ni dah tgk sendiri.tgk dgn penghayatan dan korang akan rasa terharu.. selamat menonton ya..